Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah

    MENURUT Mok Soon Sang, pengarang buku ‘Psikologi Pendidikan’, tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal iaitu abnormal behavior dalam Bahasa Inggerisnya, yang mana terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah.

    Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

    Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi ataupun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.

    Akibatnya, ia mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Tingkah laku bermasalah seseorang individu boleh dikatakan sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya.

    Di bawah konteks pendidikan, tangkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid atau pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

    Guru harus peka dan berempati terhadap murid atau pelajarnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
    Guru harus peka dan berempati terhadap murid atau pelajarnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
    Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi ataupun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.
    Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi ataupun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.

    Tingkah laku bermasalah murid atau pelajar ini boleh berupa positif ataupun negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang telah dikenal pasti ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.

    Manakala tingkah laku bermasalah negatif ialah disruktif, disruptif dan bergantung termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengundurun diri dan pengasingan diri. Sama ada mewa-risi tingkah laku bermasalah positif atau negatif, jika berlaku, ia akan menjejaskan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

    Tingkah laku bermasalah negatif

    Antara tingkah laku bermasalah iaitu tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku disruktif. Tingkah laku bergantung merupakan kelakuan yang membahayakan diri sahaja dan tidak mengganggu murid atau pelajar yang lain seperti kebimbangan, pergantungan berlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri.

    Manakala tingkah laku disruptif pula adalah ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan murid atau pelajar yang lain kerana murid atau pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan akibatnya seperti kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif secara lisan/fizikal.

    Kemudian, tingkah lalu disruktif adalah merupakan tingkah laku yang amat berbahaya kerana bukan sahaja tindakan ini berupa aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang dan kemudahan-kemudahan sekolah seperti permusuhan nyata, vandalism, kumpulan liar dan geng-geng jahat.

    Oleh itu, guru harus peka dan berempati terhadap murid atau pelajarnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini, demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda