Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tingkap kereta Tesla boleh sepit jari?

    DETROIT, 23 SEPT – Tesla akan menarik balik hampir 1.1 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) disebabkan tingkap kereta boleh menyepit jari seseorang apabila dinaikkan.

    Menurut Tesla dalam dokumen yang dikeluarkan semalam oleh badan pengawal selia keselamatan AS, sistem tingkap automatik mungkin gagal memberikan reaksi yang betul selepas mengesan rintangan. Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan berkata terdapat pencabulan dalam standard keselamatan persekutuan untuk tingkap automatik. Satu pengemaskinian perisian dalam talian akan menyelesai masalah tersebut, kata Tesla.

    Penarikan balik merangkumi sedan Model 3 dari 2017 hingga 2022 dan beberapa SUV Model Y 2020 dan 2021. Juga termasuk adalah beberapa sedan Model S dan SUV Model X dari tahun 2021 dan 2022. Tesla mengesan masalah tersebut semasa ujian pengeluaran pada Ogos. Pemilik akan dihubungi menerusi surat mulai 15 November ini. Syarikat berkata dalam dokumen bahawa kenderaan yang dikeluarkan menerima pengemaskinian bermula 13 September.

    Tesla tidak sedar tentang mana-mana tuntutan waranti atau kecederaan berpunca daripada masalah itu setakat 16 September, menurut dokumen. – AP

    Logo syarikat Tesla kelihatan di hud kenderaan baharu di bilik pameran di Littleton, Colorado. Tesla akan menarik balik 1.1 juta kenderaan di AS disebabkan tingkap boleh menyepit jari seseorang apabila dinaikkan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...