Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat ilmu sistem perbankan dunia, Islam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Bagi menyediakan ilmu dan latihan yang komprehensif mengenai keberkesanan dan kepentingan sistem perbankan dunia dan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Kewangan dan Ekonomi Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah mengadakan Program Latihan Sistem Perbankan Dunia.

    Di acara itu Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Dayang Siti Nurasmah binti Haji Damit, dalam ucapan alu-aluannya menekankan mengenai kepentingan dalam mendalami dan mengetahui sistem perbankan dunia.

    Seramai 29 peserta yang terdiri daripada pegawai dari sektor kerajaan dan swasta, pengurus-pengurus bank, firma-firma swasta dan audit serta ahli-ahli akademik telah menyertai program tersebut.

    Program tersebut disampaikan oleh Dr Hakimah binti Yaacob, selaku fasilitator program.

    Program latihan tersebut bertujuan untuk memberikan latihan terbaik bagi operasi sistem perbankan Islam, operasi keberkesanan sistem perbankan Islam dan operasi bagi penyeliaan berkesan.

    Ia juga bertujuan untuk menyediakan latihan dan pengetahuan komprehensif serta menyampaikan kemas kini terbaharu dalam operasi, sistem dan rangka kerja perbankan Islam.

    Sesi bergambar ramai pada Program Latihan Sistem Perbankan Dunia yang diadakan di UNISSA baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda