Tingkat imaginasi dalam merealisasikan dunia khayalan

Pereka francais permainan video popular, Harvest Moon, Yasuhiro Wada telah menghasilkan sebuah permainan video terbaru iaitu Birthdays the Beginning yang bakal menemui para pemain seawal tahun 2017.

Ia diterbitkan untuk pelantar PS4 dan PC melalui studio Steam. Pada dasarnya, permainan video ini membolehkan pemain untuk mencipta dunia berbentuk kiub yang melahirkan pelbagai hidupan yang unik.

Melalui eksperimen yang teliti, pemain boleh membentuk geografi dan mengubah suhu dunia masing-masing untuk mewujudkan sistem kehidupan yang betul dan menyaksikan kelahiran ekosistem anda sendiri.

Justeru, anda boleh merealisasikan dunia yang anda bayangkan. Dari bentuk gunung, hutan luas dan laut yang dalam setentunya membuatkan anda boleh bergerak bebas dalam mencipta dunia yang anda impikan.

Pada dasarnya, dunia yang ditampilkan dalam Birthdays the Beginning ini memang sangat luas dan anda boleh menerokai seluruh kawasan.

Dunia yang ditampilkan di dalam Birthdays the Beginning adalah terdiri daripada bentuk kiub yang melahirkan pelbagai kehidupan yang unik.
Dunia yang ditampilkan di dalam Birthdays the Beginning adalah terdiri daripada bentuk kiub yang melahirkan pelbagai kehidupan yang unik.
Teroka segala sejarah dalam mencipta kehidupan yang pelbagai bentuk dan saiz.
Teroka segala sejarah dalam mencipta kehidupan yang pelbagai bentuk dan saiz.

Ia juga meliputi aspek sejarah apabila turut memberikan peluang kepada pemain untuk mencipta kehidupan yang pelbagai bentuk dan saiz tidak kira dari sel organisma kepada kehidupan multicellular kompleks termasuk tumbuh-tumbuhan, mamalia, dinosaur dan banyak lagi.

Justeru, pupuk imaginasi anda dengan terus meningkatkan imaginasi, kerap bereksperimen dan bijak mencipta.

Reka bentuk planet sebagaimana yang anda inginkan dan buat keputusan mengenai bagaimana sesuatu spesies tumbuhan serta haiwan itu besar kerana pada dasarnya tidak ada dua bentuk planet yang sama.

Setentunya, pemain akan berasa sangat terpukau dengan keindahan suasana yang ditampilkan dalam permainan video yang meningkatkan tahap imaginasi ini.

Maka, sekiranya anda teruja untuk merealisasikan dunia khayalan anda, jangan terlepas untuk mencubanya dalam Birthdays the Beginnings yang dikeluarkan untuk pelantar PS4 dan PC.