Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tingkat Kebolehpasaran Golongan Usia Pertengahan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kumpulan MMO-Yuhsan, Program EDPMMO ke-31

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Seramai 11 orang peserta yang sedang mencari pekerjaan telah berjaya menamatkan Bengkel bagi Memperkasa Kebolehpasaran Golongan Usia Pertengahan Dalam Usaha Mengurangkan Kadar Pengangguran di Negara Brunei Darussalam yang diadakan selama dua hari di institut Perkhidmatan Awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan MMO-Yuhsan, di bawah Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-31, bengkel berkenaan memfokuskan kepada peserta-peserta berumur kalangan 33 hingga 44 di mana mereka telah diberikan pendedahan dalam meningkatkan pengetahuan dari pelbagai aspek antaranya tatacara pembuatan curriculum vitae (CV), persediaan sebelum dan semasa menghadiri temu duga, taklimat celik kewangan serta taklimat motivasi dan sesi perkongsian ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa sesi perkongsian itu disampaikan oleh ahli-ahli MMN iaitu Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii dan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Haji Ahmad.

    Bengkel itu bermatlamat untuk menganalisa kebolehpasaran para peserta dan seterusnya memberikan mekanisme bantuan bagi menangani bilangan kadar pengangguran yang tinggi, terutamanya bagi golongan umur pertengahan di Negara Brunei Darussalam.

    Bengkel itu lebih memberi fokus keutamaan dalam meningkatkan semula kemahiran iaitu upskilling dan reskilling para peserta agar mereka ini sentiasa mengikuti dan ketinggalan dengan trend pasaran pekerjaan terkini.

    Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty dan Yang Berhormat Awang Iswandy mendengar penerangan daripada salah seorang peserta bengkel tersebut.
    Antara peserta yang mengikuti bengkel yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam, baru-baru ini.

    Ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk kembali bersaing dalam pasaran pekerjaan dan seterusnya lebih bersedia dan berkeyakinan untuk kembali semula bekerja.

    Melalui ceramah-ceramah yang diadakan dapat membantu peserta dalam mengembangkan pemikiran mereka agar dapat mencari sumber pendapatan alternatif melalui usaha-usaha inovatif dan kreatif di samping memberikan mereka pengetahuan yang lebih mendalam mengenai dengan ilmu celik kewangan.

    Bengkel itu juga diharap akan dapat mengurangkan isu-isu sosial yang boleh terjadi disebabkan oleh pengangguran ini seperti jenayah sivil dan syariah, tingkah laku tidak beretika atau moral dan sebagainya.

    Bengkel yang dilaksanakan oleh para peserta Program EDPMMO Edisi ke-31 itu merupakan usaha sama bagi mengelinga dan mengambil berat tentang kebajikan masyarakat dan juga merupakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk merealisasikan Whole of Government Approach (WOGA) dan Whole of Nation Approach (WONA) dalam mendukung perlaksanaan Wawasan Brunei 2035.

    Peserta-peserta bengkel diberikan kesempatan untuk menghadiri sesi temu duga secara terus bersama syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti melalui Job Centre Brunei yang memerlukan tenaga-tenaga kerja mengikut kesesuaian sebagai inisiatif tambahan dalam memberikan pendedahan secara langsung semasa menghadiri sebarang temu duga.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...