Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Tingkat kefahaman amalan agama Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, KUPU SB, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan masjid-masjid terpilih di seluruh negara menganjurkan program Dakwah Tadabbur Al-Quran, Al-Hadith dan Kitab Turath di masjid-masjid yang terpilih di seluruh negara bermula 2 Mac.

    Sasaran program ini terdiri daripada penduduk, belia, mualaf, Muslim, Muslimah dan jemaah masjid yang terpilih.

    Acara diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 tahun dan sambutan Israk Mikraj bagi tahun 1443H.

    Usaha-usaha berkenaan adalah bagi meningkatkan kefahaman masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam tentang amalan agama Islam menerusi tadabbur Al-Quran, hadith dan pengajian kitab Turath yang masih berkurangan.

    Mengetahui peranan penting dalam pengetahuan Al-Quran dan hadith serta memahami isi-isi yang terkandung dalam kitab Turath adalah sebahagian usaha KUPU SB dalam memberikan rujukan keagamaan yang dapat dipertanggungjawabkan. Matlamat khusus program ini adalah untuk memperluaskan sasaran dakwah ke seluruh negara melalui masjid-masjid.

    Selain itu juga, program ini bertujuan untuk mengimarahkan masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam melalui tadabbur Al-Quran, hadith dan pengajian kitab Turath di samping mendedahkan masyarakat dengan tadabbur Al-Quran, hadith dan kitab-kitab Turath sebagai rujukan kehidupan seharian.

    Program ini akan dijalankan secara berterusan di seluruh masjid di Negara Brunei Darussalam mengikut kesesuaian keadaan iaitu selepas solat fardu Maghrib hingga Isyak bagi pensyarah lelaki. Manakala pada hari Sabtu sebelah pagi bagi pensyarah perempuan.

    Untuk sebarang maklumat terkini bolehlah mengikuti Instagram rasmi KUPU SB, @kupusb_official dan Fakulti Usuluddin KUPU SB, @fakulti_usuluddin_kupusb, dan Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath KUPU SB, @pppjkt_kupusb.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...