Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kemahiran pengguna produk D-Link

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – D-Link, salah satu pengeluar dan pengedar penyelesaian rangkaian dirantau ini, hari ini, menyediakan kursus secara percuma untuk rakan kongsi tempatan yang berlangsung di Dewan Briliance, Concept Computer, Kiulap.

    Kursus yang diadakan dengan kerjasama Concepts Computer itu merangkumi semua rangkaian produk mereka yang tersedia kepada orang awam di Brunei dan akan meliputi set-up dan konfigurasi asas mereka yang bertujuan memudahkan rakan kongsi tempatan untuk membantu bakal pelanggan di negara ini.

    Kursus berkenaan diketuai oleh Channel Manager D-Link, Darren Ng menerangkan hampir keseluruhan produk D-Link termasuk tatacara penggunaannya, penyambungan dan banyak lagi.

    Antara yang menyertai kursus tersebut berlangsung di Dewan Briliance, Concepts Computer, Kiulap.

    Kursus selama tiga jam itu juga merangkumi penerangan mengenai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) D-Link menyediakan produk seperti kamera keselamatan rumah dan pejabat, wireless router, repeater, powerline dan IP camera.

    Menurut Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Zul Abdurahman bahawa dengan adanya kursus secara percuma ini, ia diharap akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan juga kemahiran kepada peserta kursus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda