Tingkat kemahiran, persiapan tempuhi alam pekerjaan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Adalah amat mustahak bagi pelajar masa kini untuk memiliki kemahiran abad ke-21 dengan kemahiran itu telah diketengahkan oleh pendidikan tinggi dan pemimpin perniagaan sebagai pemacu penting kepada kejayaan dalam kursus-kursus peringkat tinggi dan di tempat kerja.

Di samping itu, mereka juga harus bersedia untuk kerjaya dan dilengkapi dengan kemahiran yang mempersiapkan bagi pekerjaan yang mungkin sahaja belum wujud, interaksi manusia dan cabaran-cabaran baharu untuk mengemudi situasi sosial yang telah berubah dan dihasilkan oleh media sosial.

Pada masa yang sama, zaman Internet juga telah menyebabkan peningkatan akses yang dramatik kepada ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh para pelajar di mana mereka harus mempelajari, memproses dan menganalisis jumlah maklumat yang besar serta mereka juga perlu diajar untuk mengaplikasikan fakta dan idea kepada masalah-masalah yang kompleks.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama, zaman Internet juga telah menyebabkan peningkatan akses yang dramatik kepada ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh para pelajar di mana mereka harus mempelajari, memproses dan menganalisis jumlah maklumat yang besar serta mereka juga perlu diajar untuk mengaplikasikan fakta dan idea kepada masalah-masalah yang kompleks.

Beliau menekankan bahawa bersama-sama sebagai penyedia kemahiran dan ilmu pengetahuan, mereka harus memastikan bahawa mereka terus relevan dan dilengkapi dengan kompetensi yang diperlukan untuk menyediakan para pelajar dengan kompetensi industri dan abad ke-21 yang akan menjadikan mereka lebih kebolehkerjaan dan akan menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan ekonomi komuniti serta masyarakat secara keseluruhan.

Di samping itu, beliau menyatakan bahawa program latihan berkenaan direka untuk menyediakan para peserta dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dan mengenal pasti kompetensi relevan yang akan memenuhi keperluan tempat dan tenaga kerja abad ke-21 khususnya dalam proses pengenalpastian kompetensi dan integrasi kompetensi berkenaan ke dalam kurikulum TVET.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada ahli lembaga tadbir SEAMEO VOCTECH dari Vietnam, Dr Bui Tring Thanh dan pegawai-pegawai meja SEAMEO VOCTECH dari TESDA-Philipines atas sokongan serta kehadiran mereka dalam majlis berkenaan menerusi mod maya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah bagi Pentadbiran SEAMEO VOCTECH, Pengiran Haji Mohd Sufri bin Pengiran Ali; Timbalan Pengarah bagi Hal Ehwal Profesional SEAMEO VOCTECH, Dr Paryono dan Pengurus Latihan dan Pembangunan Profesional SEAMEO VOCTECH, Dayang Norhayati Cynthia Abdullah serta pemudah cara kursus program latihan berkenaan.

Program latihan serantau maya selama empat hari berkenaan disertai oleh seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pengetua, pentadbir, pengawal selia, tenaga pengajar dan pemudah cara pembangunan kurikulum daripada negara-negara anggota SEAMEO termasuk lapan orang peserta dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Politeknik Brunei (PB), Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Awang Alias ketika menyampaikan ucapannya pada Perasmian Program Latihan Serantau Maya bagi Integrasi Kompetensi Industri Abad ke-21 dalam Kurikulum di Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Gadong.
Awang Alias semasa menyertai perasmian Program Latihan Serantau Maya bagi Integrasi Kompetensi Industri Abad ke-21 dalam Kurikulum yang berlangsung di Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Gadong, kelmarin.
Antara peserta dari Negara Brunei Darussalam yang menyertai program latihan serantau maya kelmarin.