Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Tingkat kemahiran tangani kebakaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seramai 12 pelatih Kursus Asas Penambahan Anggota Baharu Bahagian Pengawal dan Pengiring Polis Kawalan Diraja Fasa 2/2022 bersama tujuh jurulatih telah mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba Tumasek, baru-baru ini.

    Taklimat anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di bawah Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi ‘F’ itu adalah salah satu usaha pemberigaan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ketika berdepan isu kebakaran.

    Sehubungan dengan itu, JBP turut memainkan peranan secara berterusan menerusi penyediaan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan taklimat keselamatan kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Para peserta bergambar ramai selepas mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran. – Gambar serahan JBP

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...