Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tingkat kerjasama pertanian hijau

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Ahli Dewan Perniagaan Cina Brunei yang diketuai oleh Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Brunei Darussalam (NCCIBD), Haji Abdul Saman bin Haji Ahmad telah menyertai persidangan China (Huaihua)-ASEAN Green Agricultural Products Match-making secara maya, hari ini.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Agung NCCIBD, Haji Abdul Halim bin Haji Saim dan setiausaha (Interim) Persatuan Petani Brunei.

    Persidangan anjuran Majlis Perniagaan China ASEAN dan Huaihua Municipal People’s Government of Hunan Province itu bertujuan untuk memperkenalkan situasi terkini, mempromosikan peluang perniagaan untuk meningkatkan kerjasama pertanian hijau, dan mengemukakan cadangan yang berkaitan untuk kerjasama.

    Lebih 200 orang menyertai persidangan berkenaan yang terdiri daripada para kaunselor kedutaan komersil negara ASEAN di China termasuk Negara Brunei Darussalam, dewan perniagaan dan industri serta wakil usahawan dari negara anggota ASEAN, wakil kerajaan China dan banyak lagi.

    Bagi persidangan kali ini buat pertama kalinya, NCCIBD menjemput pertubuhan dan persatuan lain antaranya persatuan petani Brunei.

    Persidangan yang diadakan secara maya itu juga menyentuh beberapa isu mengenai bagaimana untuk mempromosikan dan mengukuhkan kerjasama China-ASEAN dalam produk hijau agrikultur demi meningkatkan lagi kerjasama dalam industri berkenaan, dan memupuk pembangunan perdagangan baharu dan pelaburan serantau.

    Sepanjang persidangan, peserta juga mendengarkan ucapan daripada pihak penganjur mengenai perkembangan dalam bidang agrikultur dan ekonomi yang kini sedang giat meningkatkan strategi import dan eksport antara China dan ASEAN.

    Haji Abdul Saman semasa menghadiri persidangan China (Huaihua)-ASEAN Green Agricultural Products Matchmaking secara maya, kelmarin.
    Antara yang hadir pada persidangan yang diadakan secara maya kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...