Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran bahaya kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd telah menyertai Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘A’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di syarikat berkenaan, baru-baru ini.

    Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa bertanggungjawab serta menerapkan ilmu pengetahuan mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Semasa kursus dijalankan, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta menjalankan latihan praktikal inhouse fire drill.

    Mereka juga didedahkan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan yang diambil apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik, mengetahui tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.

    Di samping itu, para peserta juga berpeluang untuk mengadakan lawatan ke Unit Operasi Wanita JBP di mana mereka diberikan pengenalan kepada perkakas dan peralatan bomba.
    Kursus berkenaan dilaksanakan dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan dan keperluan dari JBP mengenai situasi COVID-19.

    Pegawai dan kakitangan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd diberikan tunjuk ajar mengenai tatacara betul penggunaan alat pemadam api dan selimut api. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...