Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran bahaya kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Seramai 16 orang guru dan murid Sekolah Ugama Senukoh diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi G, Daerah Temburong, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Sepanjang taklimat berkenaan, guru-guru dan murid diberikan penerangan mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api sesuai dengan jenis kebakaran serta berpeluang untuk melihat perkakas-perkakas bomba dengan lebih dekat.

    Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Ugama Senukoh, Hajah Nordiana binti Haji Umar.

    Taklimat bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada pihak warga sekolah, di samping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran.

    Guru dan murid diberikan tunjuk ajar tatacara mengendalikan alat pemadam api. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...