Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran bahaya kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Seramai 64 orang warga Sekolah Rendah Bendahara Lama telah mengikuti Latihan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan yang diadakan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa bertanggungjawab serta menerapkan ilmu pengetahuan mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Latihan berkenaan dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi D, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bersama anggota dari Balai Bomba Pelancaran yang diketuai oleh ABK 687 Samri bin Haji Mat Yassin.

    Latihan tersebut dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga serta memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek-aspek keselamatan kebakaran.

    Latihan pengosongan bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur dan bersistematik.

    JBP menyatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul menggunakan alat pemadam api.

    Warga Sekolah Rendah Bendahara Lama mendengarkan penerangan semasa Latihan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi D, JBP, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...