Tingkat kesedaran bahaya, kesan kebakaran Tanah gambut

MIRI – Kejadian kebakaran gambut berlaku sekali skala di bahagian Utara di pinggir bandar raya Miri dengan kedatangan musim kering setiap tahun.

Ini mengakibatkan asap dan cuaca berjerebu memberi kesan kepada kesihatan penduduk setempat dan keselamatan bagi pengguna jalan raya turut terjejas.

Berada di sekitar atau berhampiran dengan kawasan yang sering berlaku kebakaran, sebuah komuniti yang terdiri lebih dari 4,000 orang kakitangan dan penuntut dari Curtin University Malaysia (Curtin University), dan penduduk yang berada di sekitar kawasan Senadin dan Permyjaya, terus mengalami bencana kebakaran hutan selama bertahun-tahun.

Hab Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pembinaan dan Infrastruktur Penyelidikan dan Inovasi Curtin (CHIRI) di Fakulti Kejuruteraan dan Sains, Curtin Malaysia dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Operasi dan Masyarakat Sivil, masyarakat kampus untuk sivil dan pembinaan pelajar kejuruteraan, akan menganjurkan ‘Persidangan Kebakaran Gambut kali Pertama Borneo’ pada 28 Mac 2020.

Wakil daripada pelbagai organisasi yang terlibat dalam pencegahan dan pembanterasan kebakaran gambut di Miri seperti Lembaga Sumber Semula jadi dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Jabatan Alam Sekitar (DoE) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan dijemput untuk menyertai dan mengongsikan pengalaman dan tugas-tugas dalam penemuan tersebut yang diadakan di kampus universiti Curtin Malaysia.

Tenaga pengajar dan penuntut dari Jabatan Sivil dan kejuruteraan Pembinaan dan ahli-ahli masyarakat am Curtin akan turut ikut serta.

Ia diharap melalui perbincangan dan perkongsian, kesedaran mengenai kepentingan untuk membendung kebakaran tersebut dan kesan kebakaran gambut dan cara-cara untuk mencegah dan mengatasi kebakaran yang berlaku. Penyertaan untuk sidang konferensi ini adalah percuma.

Larian kebakaran hutan

Untuk meningkatkan kesedaran berterusan, konferensi ini akan diteruskan dengan ‘Larian Kebakaran Hutan Kali Pertama Borneo’ di kampus pada 29 Mac 2020 di mana ia terbuka kepada semua kakitangan dan penuntut-penuntut serta orang ramai.

Ia dibukakan dalam dua kategori, iaitu 3 kilometer larian keluarga dan 7 kilometer larian dengan yuran penyertaan tertentu.

Peserta dikenakan pembayaran penyertaan termasuk baju T dan pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam larian 7 kilometer, masing-masing akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM200, RM120 dan RM80.

Larian yang akan diadakan berhampiran dengan kawasan kebakaran gambut di persimpangan menuju kampus Curtin Malaysia pada bulan April tahun lalu.

Peserta akan dapat menyaksikan bagaimana kebakaran tersebut menghancurkan landskap dan bagaimana kawasan tersebut kembali subur dengan tanaman hijau sejak itu.

Ketua Pegawai Operasi Universiti Curtin, Ir Pieter Willem Pottas, berkata bahawa dengan kejadian kebakaran gambut yang berterusan pada tahun-tahun kebelakangan, termasuk dua kejadian pada tahun lalu, telah menyebabkan penutupan kampus untuk langkah-langkah kesihatan dan keselamatan komuniti kampus, inilah masanya untuk Universiti Curtin mengadakan konferensi ini dan berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mengatasi masalah ini.

Pottas menambah penyelesaian jangka panjang perlu dicari untuk mencegah kebakaran gambut atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan kebakaran tersebut.

Beliau berkata, sebagai sebuah universiti yang menganjurkan persekitaran yang lebih hijau, mengajar mengenai alam sekitar dan kejuruteraan sivil dan terlibat dengan penyelidikan alam sekitar, Curtin Malaysia berada di posisi yang betul untuk memberikan pendapat dan penyelesaian.

Konferensi bermanfaat

Sementara itu, Ketua Jabatan Sivil dan Kejuruteraan Pembinaan, Profesor Muhammad Ekhlasur Rahman, berkata kebakaran gambut dapat memberikan kesan meluas kepada alam sekitar dengan bertan-tan tumbuhan organik yang menyimpan karbon telah hangus menjadi karbon dioksida yang mengandungi toksik.

Beliau berkata Konferensi Kebakaran Gambut Borneo akan melibatkan penyertaan aktif dari kakitangan dan penuntut dari Universiti Curtin dari Jabatan Sivil dan Kejuruteraan Pembinaan dan Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar, dan Masyarakat Sivil Curtin dan bidang-bindang yang berkenaan.

Penuntut yang mengambil bidang Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian) selama empat tahun dalam bidang Sivil dan Kejuruteraan Pembinaan dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam kursus Kejuruteraan Alam Sekitar akan dalam merasakan ia sangat menarik dan berguna.

Terdahulu ia adalah gabungan komprehensif dari kejuruteraan sivil dan kejuruteraan pembinaan yang sangat disanjung oleh para graduan dan dihormati oleh jurutera profesional, dan profesional dan kursus berasakan praktikal berkait dengan isu alam semula jadi yang kini semakin terkenal di Curtin Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh didapati di laman sesawang rasmi Curtin Malaysia.