Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran berjimat cermat

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Seramai 25 orang pelajar dari tiga buah sekolah rendah telah menyertai Kempen Celik Kewangan yang diadakan di Bilik Operasi Tahun 6, Sekolah Rendah Rimba 1, pagi tadi.

    Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kempen anjuran Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITH) dengan kerjasama Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan itu adalah dari Sekolah Rendah Serasa, Sekolah Rendah Sultan Umar ‘Ali Saifuddin, Muara dan Sekolah Rendah Rimba 1.

    Dengan membawa tema ‘Let’s Play Shop’, kempen diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik bagi memberikan peluang kepada pelajar memilih barang yang disukai kemudian membuat pengiraan bagi kos pembelian di samping menjimatkan pembelian mereka.

    Sepanjang aktiviti berkenaan, para pelajar dapat memahami kepentingan menggunakan duit dan cara-cara untuk menjimatkannya di samping cara untuk mendapatkan dan menggunakan duit.

    Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan IITH, Haji Abdul Majid bin Haji Hidup di dalam kenyataan yang diberikan berkata, “IITH turut berkongsi komitmen untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang lebih baik seawal mungkin.

    Antara aktiviti yang disertai oleh para pelajar yang dikelolakan oleh pihak Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd.
    Para pelajar bergambar ramai bersama warga Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd semasa kempen tersebut.

    “Alhamdulillah, dengan sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pendidikan, ia dapat memastikan belia kita akan mula bersikap matang mengenai dengan pengetahuan dan keupayaan kewangan mereka sebelum ini.”

    Beliau menambah, tanpa mengira usia atau keadaan kewangan seseorang itu, adalah penting dan bermanfaat untuk belajar tentang simpanan, melabur dan menggunakan kredit.

    Aktiviti-aktiviti itu akan menggalakkan pelajar untuk menggambarkan bagaimana golongan muda boleh mewujudkan dan mengekalkan tabiat kewangan yang sihat.

    Kempen juga membantu dalam mencapai Wawasan Brunei 2035 untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dan memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup rakyat serta pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan.

    Kempen celik kewangan ini diadakan sebagai sebahagian daripada Bulan Celik Kewangan Kebangsaan (April) yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai dengan kepentingan celik kewangan dan keperluan untuk pendidikan kewangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda