Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran HIV, AIDS

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam (BDAIDS), baru-baru ini, telah mengadakan taklimat kesedaran mengenai HIV dan AIDS bagi pelajar-pelajar Tahun 10 Sekolah Menengah Berakas (SMB) yang diadakan di Dewan Anggerek sekolah berkenaan.

    Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran penuntut terhadap HIV dan AIDS, mendorong perubahan sikap seorang individu dan membantu kumpulan sasaran untuk membuat pilihan bijak.

    Selain itu, program juga menolong kumpulan sasaran membuat pilihan rasional dalam isu-isu sosial terutama pergaulan bebas, penyakit kelamin dan kehamilan remaja serta menyebarkan pengetahuan yang diperoleh oleh peserta kepada teman sebaya.Sesi taklimat disampaikan oleh yang di-pertua Majlis BDAIDS dan taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pengetua SMB, Awang Alexandar bin Bandang bersama tenaga pengajar lain sekolah berkenaan.

    Antara pelajar yang menghadiri taklimat di Dewan Anggerek, Sekolah Menengah Berakas baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...