Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran jalan raya murid tadika

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 11 OKT – Murid tadika Sekolah Chung Hwa Kiudang berpeluang untuk mempelajari dan mengenali pelbagai jenis kaedah pengangkutan menerusi pelbagai aktiviti luar bilik darjah yang membawa tema ‘Memahami Pengangkutan’ di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Semasa aktiviti itu, para murid berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna, kraf buatan tangan, kuiz dan permainan mencari kata.

    Di akhir aktiviti, Pengetua Sekolah Chung Hwa Kiudang, Loo Shee Yun menyampaikan hadiah kepada para murid serta menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

    Aktiviti itu bermatlamat untuk memperkenalkan pelbagai kaedah pengangkatan menerusi aktiviti yang menyeronokkan serta untuk meningkatkan lagi kesedaran asas jalan raya murid tadika, kemahiran, ilmu pengetahuan dan perangai mereka apabila berada berdekatan jalan raya.

    Murid-murid tadika mempelajari mengenai pelbagai kaedah pengangkutan menerusi aktiviti-aktiviti menarik serta menyeronokkan yang diadakan. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda