Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran jenayah siber di kalangan pelajar

    Gambar serahan Sekolah Menengah Berakas

    BANDAR SERI BEGAWAN – Seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi, tidak dinafikan telah banyak membawa kemudahan dan perhubungan komunikasi yang lebih efisien.

    Namun penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan siber sebagai medium melakukan jenayah yang mampu menggugat keselamatan masyarakat khususnya di kalangan remaja.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Informasi, Komunikasi dan Teknologi, Sekolah Me-nengah Berakas (SMB), telah mengadakan taklimat kesedaran mengenai bahaya jenayah penipuan siber bagi pelajar-pelajar Tahun 9, pada 6 Julai lalu di Dewan Anggerek di sekolah berkenaan.

    Acara dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Timbalan Pengetua Pentadbiran SMB, Awang Rosman bin Haji Kasah.

    Taklimat disampaikan oleh Ketua Pelatih Kesedaran Keselamatan Siber di Cyber Security Brunei (CSB), Pengiran Mohd Farid Zulhusni bin Pengiran Aziz dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

    Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai bahaya jenayah siber dan memberikan kesedaran serta mengongsikan langkah-langkah bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.

    Taklimat disampaikan oleh Pengiran Mohd Farid Zulhusni.
    Awang Rosman semasa menyampaikan kata-kata aluan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...