Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran keselamatan siber

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 24 NOV – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai penipuan dalam talian, Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama Cyber Security Brunei (BruCERT) telah mengendalikan taklimat bagi warga emas di Daerah Belait, hari ini.

    Diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, taklimat berkenaan dihadiri oleh lebih 20 orang warga emas dari Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Belait dan Baden Powell (BP) Guild Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) serta dari sekitar perpustakaan berkenaan Taklimat bertajuk ‘Keselamatan Siber: Isu-isu dan Cabaran’ itu telah disampaikan oleh Pelatih Kesedaran Keselamatan Siber dan Penganalisis Sekuriti dari BruCERT, Dayang Ida Frida binti Abu.

    Beliau antara lain menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber, serta menjelaskan pelbagai bentuk keburukan yang berbangkit akibat penyalahgunaan.

    Ini termasuk penipuan dalam talian, mesej-mesej palsu dan tipu helah, serta pemangsa dalam talian.

    Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pelbagai tip dan nasihat dalam talian, serta bagaimana bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk membantu.

    Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab di mana hadirin bukan sahaja berpeluang mengajukan soalan malah berkongsi pengalaman ditipu dan isu-isu keselamatan siber lain yang pernah dihadapi.

    Dengan taklimat itu, Pusat Promosi Kesihatan berharap ia dapat memastikan kesihatan negara daripada aspek fizikal, mental serta digital, terutamanya dalam kalangan warga emas.

    Dayang Ida Frida ketika menyampaikan taklimat mengenai keselamatan siber bagi warga emas di Daerah Belait.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...