Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Tingkat kesedaran kesihatan lelaki

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Sebanyak 987 kes kanser baharu telah didiagnosis pada tahun 2020 dengan 448 kes atau 45 peratus daripada jumlah keseluruhan tersebut merupakan kes kanser baharu melibatkan golongan lelaki.

Menurut Kementerian Kesihatan, satu dalam empat lelaki di negara ini berisiko menghidap kanser sepanjang hayat mereka.

“Sehubungan dengan itu, matlamat Movember yang diadakan setiap tahun adalah untuk mengubah kesihatan lelaki,” kata Pengarah Pusat Kanser Brunei (TBCC) dan Pengerusi Kempen Movember 2022, Dato Seri Laila Jasa Dr Babu Sukumaran semasa berucap pada perasmian acara Movember, pagi tadi.

Majlis anjuran Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) di Lobi PJSC, Aras 2 itu telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif PJSC, Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Besar.

Acara itu turut dihadiri oleh pengurusan kanan, penaja, rakan kongsi acara, doktor dan kakitangan.

Dato Seri Laila Jasa Dr Babu Sukumaran semasa menyampaikan ucapan pada perasmian Movember.
Dr Haji Mazrul Adimin semasa merasmikan acara Movember pada majlis yang berlangsung di Lobi PJSC, kelmarin.
Gambar ramai peserta yang menghadiri acara tersebut.
Salah satu petak pameran yang didirikan pada majlis tersebut.

Dato Seri Laila Jasa Dr Babu Sukumaran turut mengongsikan kempen Movember memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu kanser prostat, kanser testis dan kesihatan mental serta pencegahan bunuh diri.

TBCC PJSC berharap kempen Movember itu dapat memulakan perbincangan mengenai isu kesihatan lelaki dan menggalakkan lelaki untuk bersuara. Sepanjang Bulan Kesedaran Movember ini, cabaran maya yang dinamakan 24-Days Movember Run Challenge akan diadakan secara terbuka kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dan memberi perhatian kepada tujuan kempen. 

Selain itu, inisiatif mengumpul dana untuk kempen ini juga dilancarkan bermula hari ini hingga 30 November untuk mengumpul derma untuk Dana Sosial Perubatan PJSC untuk pesakit kurang bernasib baik PJSC. Kempen tersebut turut dimeriahkan oleh beberapa vendor tempatan seperti Seven Sporks, Leaves And Loaves BN, Ayam Awang Ali, Fzz Family Kitchen, Batches Coffee dan Dynamic Café.

Sejurus perasmian kempen, pelancaran video kompilasi Movember turut ditayangkan dan disusuli dengan penyampaian sijil kepada penaja acara dan rakan kempen seperti Janssen Pharmaceuticals, Medipharm Sdn Bhd, Progresif Sdn Bhd, Penerbangan Diraja Brunei, Aewon Brunei dan Jab Gym.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -