Thursday, April 24, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran mengenai HIV/AIDS

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    Gambar Oleh Sim Y.H dan MNT Production

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAC) pagi tadi meneruskan lagi Program RED (Re-educate, Empower, Destigmatise) Leaflet Trail bertempat di McDonald’s Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, yang juga selaku presiden BDAC.

    Program tersebut diadakan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai HIV/AIDS, di samping dapat mendidik dan mengurangkan stigma mengenai HIV/AIDS menerusi sesi ceramah.

    Selain itu, ia juga diadakan bagi memberi peluang kepada sektor swasta dan syarikat-syarikat perniagaan (McDonald’s Brunei) dalam sama-sama melibatkan diri dalam program seumpamanya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

    Yang Berhormat Awang Iswandy menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Pengurus Operasi McDonald’s Brunei, Sahrizam Haji Samat.
    Yang Berhormat Awang Iswandy menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Pengurus Operasi McDonald’s Brunei, Sahrizam Haji Samat.
    Yang Berhormat Awang Iswandy bergambar ramai bersama ahli BDAC sempena Program RED.
    Yang Berhormat Awang Iswandy bergambar ramai bersama ahli BDAC sempena Program RED.

    Sementara itu, Pengurus Co-Project acara dan intern dari Universiti Brunei Darussalam, Willson Rudy Jemut, berkata, “Selaku wakil pihak intern-intern dari Universiti Brunei Darussalam, Kolej Cosmopolitan dan IGS, kami sangat merendah diri kerana telah menjadi sebahagian daripada pihak penganjur melalui Program Outreach Komuniti (COP) kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai HIV dan AIDS di kalangan orang ramai, terutama generasi muda.”

    Manakala Setiausaha Majlis Media dan Perhubungan Awam, Billah Hasan berkata kira-kira 80 ahli dan sukarelawan BDAC termasuk orang ramai telah berkumpul di McDonald’s Jerudong bagi sama-sama mengedarkan risalah kesedaran HIV kepada orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda