BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Program Brunei Peduli Palestin telah diadakan di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas, kelmarin, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai isu-isu kemanusiaan di Palestin.
Program berkenaan dianjurkan oleh Program Keagamaan Belia di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Belia Muallaf As-Syahadah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan Kumpulan Belia Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, disokong oleh KHEU dan beberapa buah agensi serta syarikat-syarikat swasta termasuk Times Square, Syarikat DSunlit Sdn Bhd, Syarikat Samima Sdn Bhd dan Syarikat MK Fashion Sports House & Embroidery,
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)