Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran terhadap hak undang-undang

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap hak undang-undang, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) dengan kerjasama Tetuan Yusof Halim & Partners hari ini mengadakan Siri Bicara Undang-undang ke-6 yang berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Penceramah yang juga Peguam Syarie dari Malaysia, Norhafsah Hamid menyampaikan ceramah pada sesi bicara undang-undang itu. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk ‘Hak Muslimah Sebelum dan Selepas Nikah.’

    MKM berharap dengan adanya siri bicara undang-undang ini akan dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai agar lebih celik undang-undang dan dapat membantu mereka.

    MKM dalam kenyataannya juga menjelaskan, ia mengadakan Klinik Bantuan Guaman dan Khidmat Nasihat pada setiap Rabu dengan kerjasama Tetuan Yusof Halim & Partners.

    Antara yang hadir mendengarkan ceramah tersebut.
    Antara yang hadir mendengarkan ceramah tersebut.
    Norhafsah Hamid ketika menyampaikan ceramahnya.
    Norhafsah Hamid ketika menyampaikan ceramahnya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda