Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tingkat keselamatan elektrik semasa perayaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam (AENBD) menekankan kepada orang ramai tentang kepentingan keselamatan dalam penggunaan tenaga elektrik bukan sahaja pada menjelangnya musim-musim perayaan seperti Hari Raya, malahan kepentingan keselamatan dalam penggunaan tenaga elektrik di luar musim perayaan.

    Penekanan itu dibuat oleh Ketua AENBD, Awang Ahmad Ridza bin Dato Haji Abdul Rahman semasa sidang media bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), AENBD dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) mengenai keselamatan kebakaran elektrik menjelang hari raya, baru-baru ini.

    Beliau menyatakan pihaknya mengingatkan orang ramai supaya akan sentiasa mematuhi undang-undang terutama sekali mengenai isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti pencurian kabel elektrik iaitu mana-mana individu yang didapati sabit kesalahan di bawah Bab 380B iaitu mengenai kesalahan mencuri yang boleh menyebabkan gangguan pada perkhidmatan utama serta bagi aktiviti merosakkan harta benda kerajaan iaitu mana-mana individu yang didapati sabit kesalahan di bawah Bab 427B, iaitu mengenai kesalahan merosakkan harta benda kerajaan yang boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan utama, di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah (Pindaan), 2021.

    Kedua-duanya akan membawa hukuman minima tiga tahun penjara dan empat kali sebatan serta hukuman maksima 10 tahun penjara dan 12 kali sebatan.

    Beliau turut menekankan, bagi aktiviti meter tampering atau gangguan kepada meter pra-bayar iaitu mana-mana individu yang didapati membuat apa jua jenis gangguan ke atas meter pra-bayar serta perbuatan melencongkan atau mengubahsuai pendawaian dari meter di premis persendirian dan bangunan perniagaan, jika sabit kesalahan di bawah 52(1)(c) Akta Elektrik, Penggal 223, boleh dikenakan denda tidak melebihi $50,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan jika kesalahan itu berlarutan selepas pendakwaan, boleh dikenakan denda lanjut tidak melebihi $250 bagi setiap hari kesalahan.

    Terdahulu semasa sidang media berkenaan, Awang Ahmad Ridza menerangkan mengenai penubuhan AENBD, yang mana ia merupakan sebuah badan kawal selia kerajaan di bawah Kementerian Tenaga yang ditubuhkan selaras dengan pewartaan Akta Elektrik, Penggal 223 pada 8 Jun 2017.

    Akta Elektrik, Penggal 223 telah memperuntukkan bagi pengukuhan pematuhan kepada undang-undang dan keselamatan yang berhubung kait dengan penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik serta keselamatan dalam penggunaan tenaga elektrik.

    AENBD menekankan kepada orang ramai tentang kepentingan keselamatan penggunaan tenaga elektrik terutama menjelangnya Hari Raya bagi mengelakkan kebakaran dan sebagainya. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...