Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Tingkat keselamatan pelajar

    Di samping menjamin pendidikan yang berkualiti, kesejahteraan dan keselamatan pelajar dan tenaga kerja sebuah institusi juga satu keutamaan.

    Namun, sesetengah institusi pendidikan khususnya pihak swasta kurang menekankan perkara ini.

    Sebagaimana baru-baru ini tular seorang remaja yang tidak kenali memasuki kelas salah sebuah institusi dan mengaku dirinya sebagai pelajar.

    Namun, tujuan sebenar beliau memasuki kelas berkenaan tidak diketahui, apa yang menakutkan remaja berkenaan mengetahui subjek-subjek pelajaran di institusi itu dan tidak mustahil beliau juga mengetahui selok-belok institusi itu yang boleh melakukan sesuatu perkara yang menggugat keselamatan pelajar.

    Apa yang menyedihkan, institusi itu tidak menyediakan sebarang pengawal keselamatan.

    Justeru pada pandangan saya, tidak kiralah institusi kerajaan mahupun swasta perlu juga meningkatkan sistem kesejahteraan dan keselamatan para pelajar dan warga tenaga kerjanya.

    Justeru diharap pihak relevan akan mengambil berat perkara ini.

    Aduan Terbuka

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...