Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Tingkat kesihatan mental

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 21 NOV – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM), Daerah Tutong dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah melancarkan program Charity & Stress Free Day di sekolah tersebut, pagi tadi.

    Program dua hari yang berlangsung di Foyer, SMTM, itu telah disempurnakan oleh Guru Kanan Pentadbiran, SMTM, Awang Abdul Rahmani bin Haji Jamuddin selaku wakil pengetua sekolah tersebut.

    Awang Abdul Rahmani mengongsikan program itu adalah untuk memastikan seluruh warga sekolah dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka sama ada dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang diketengahkan.

    Lebih 600 orang pelajar dari Tahun 7 hingga Tahun 11 bersama guru-guru dan kakitangan sekolah turut menyertai acara tahunan tersebut sekali gus untuk sama-sama bersantai mengurangkan tekanan setelah menduduki musim peperiksaan.

    Menerusi perlaksanaan program itu, kutipan hasil jualan sebanyak 20 peratus daripada setiap penyertaan vendor daripada kalangan pengusaha tempatan akan disalurkan kepada anak-anak yatim dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan dan selebihnya bagi membantu aspek perbelanjaan kegunaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.

    Lebih 600 orang pelajar menyertai acara tahunan tersebut.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...