Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Tingkat keupayaan penerbangan pulih ekopelancongan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Dalam usaha pemulihan pelancongan pasca pandemik, penyambungan semula dan peningkatan kesalinghubungan amat mustahak bagi mempromosi dan membolehkan aliran utama ekonomi.

    Sehubungan itu, Negara Brunei Darussalam sedang berusaha ke arah itu melalui
    peningkatan keupayaan penerbangan bagi memudahkan pergerakan pengembara keluar dan masuk termasuk penumpang transit, jelas Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dalam ucapannya semasa Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) ke-11, di Bangkok, Thailand pada 19 Ogos lalu.

    Yang Berhormat Dato juga menekankan, pembukaan itu sekali gus dapat menarik pelaburan tempatan dan asing dalam meningkatkan tarikan pelancongan berkaitan dengan usaha ekopelancongan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), kelmarin.

    eliau turut menekankan bahawa usaha-usaha itu telah menjadi pendorong untuk memanfaatkan peluang-peluang dalam pemulihan ekonomi yang akan menyumbang kepada pelancongan regeneratif sebagai jalan ke hadapan.

    Mesyuarat TMM ke-11 yang membawa tema Tourism of the Future: Regenerative Tourism itu telah dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan dan Sukan, Thailand, Tuan Yang Terutama Phiphat Ratchakit-prakarn.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan semasa menghadiri mesyuarat berkenaan yang diadakan di Bangkok, Thailand. – Gambar serahan KSSUP

    Brunei Darussalam pada mesyuarat berkenaan telah diwakili oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf. Turut menghadiri mesyuarat ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab serta pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Pelancongan.

    Mesyuarat itu mengemukakan keutamaan untuk membangun rantau menerusi pertumbuhan mampan dan inklusif, untuk melaksanakan Wawasan Putrajaya APEC 2040 termasuk menerusi Aotearoa Pelan of Action serta pada masa yang sama, memacu APEC
    ke arah era pasca COVID-19 yang mampan dan seimbang melalui konsep Bio-Circular-Green Economy yang juga dikenali sebagai Model Ekonomi BCG.

    Mesyuarat turut menekankan pentingnya pelaksanaan APEC Connectivity Blue Print 2015-2025, yang menggariskan People-to-People Connectivity dan mengurangkan ketidakpastian yang berkaitan dengan pelancongan.

    Semasa mesyuarat itu, menteri-menteri pelancongan APEC dan wakil-wakil kanan mengalu-alukan Policy Recommendations for Tourism of the Tourism of the Future: Regenerative Tourism yang mencerminkan semangat bersepadu kesemua ekonomi APEC dalam mengejar sebuah pertumbuhan inklusif, mampan, selamat, seimbang dan kukuh.

    Di samping itu, menteri-menteri pelancongan APEC dan wakil-wakil kanan turut mengalu-alukan APEC Guidelines for Tourism Stakeholders yang dikemas kini di mana garis panduan itu digubal berpandukan kepada nilai-nilai kemapanan, keterangkuman, hormat-menghormati, tanggungjawab, keterbukaan, inovasi dan kerjasama sektor-sektor pelancongan masing-masing untuk memperbaiki mekanis-me koordinasi dan kerjasama bagi mengoptimumkan manfaat pelancongan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...