Tingkat keyakinan, kerjasama awam

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 10 Feb – Sebagai strategi meningkatkan keyakinan dan kerjasama masyarakat awam dalam sama-sama membantu mencegah jenayah serta mewujudkan suasana kampung yang lebih selamat, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah mengadakan Sesi Perbincangan dan Permuzakarahan Pengawasan Kejiranan (PK) bagi Daerah Tutong, kelmarin. Hadir selaku pengerusi permuzakarahan tersebut yang berlangsung di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis Haji Mohamad Khairul Amilin bin Haji Idris.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit selaku penghulu Mukim Telisai, pegawai-pegawai polis, anggota pangkat rendah Daerah Polis Tutong dan para penasihat PK yang terdiri daripada penghulu-penghulu mukim Daerah Tutong.

Pada sesi berkenaan, taklimat perbincangan menyentuh mengenai statistik tiga bulan kebelakangan yang menjurus kepada laporan-laporan jenayah dan lalu lintas yang diterima Balai Polis Tutong dan Lamunin.

Semasa Sesi Perbincangan dan Permuzakarahan PK bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong, kelmarin.