Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Tingkat keyakinan Muslimah urus jenazah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Siri Bengkel Menyempurnakan Jenazah bagi Kelas Bimbingan Muslimah Masjid anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah telah diteruskan lagi, baru-baru ini.

    Kali ini ia diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku Katok dengan melibatkan 30 orang Muslimah di daerah ini.

    Pemudah cara pada bengkel yang dikendalikan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara dan ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan ialah dua orang penggapai dari daerah ini, Dayang Noradiana binti Haji Mohd Japar dan Dayang Norlila binti Mohamad.

    Ia diharap akan dapat menambahkan lagi pengetahuan Muslimah yang menyertai bengkel tersebut melalui penerangan secara teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan dan penyempurnaan jenazah.

    Di samping itu, ia juga bagi meningkatkan keyakinan para peserta bengkel dan berani untuk mengendalikan pengurusan jenazah dengan betul.

    Bengkel juga dihasratkan menarik minat Muslimah masjid untuk menubuhkan kumpulan penggapai di masjid-masjid sekali gus memudahkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat penggapai bagi menyempurnakan jenazah terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan para Muslimah dalam hal ehwal kemasyarakatan secara aktif dan sukarela.

    Bengkel akan dilaratkan ke daerah lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Antara Muslimah masjid yang menyertai bengkel berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...