Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tingkat keyakinan Muslimah urus jenazah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 17 OGOS – Seramai 24 orang Muslimah dari Daerah Belait telah mengikuti Bengkel Menyempurnakan Jenazah bagi Kelas Bimbingan Muslimah Masjid yang berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait, hari ini.

    Bengkel anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dan dikendalikan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait dan jawatankuasa takmir masjid berkenaan, diadakan untuk menambahkan lagi pengetahuan para Muslimah melalui penerangan secara teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan dan penyempurnaan jenazah.

    Di samping itu, ia juga bagi meningkatkan keyakinan para peserta bengkel dan berani untuk mengendalikan pengurusan jenazah dengan betul.

    Bengkel juga dihasratkan untuk menarik minat para Muslimah masjid untuk menubuhkan kumpulan penggapai di masjid-masjid sekali gus memudahkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat penggapai bagi menyempurnakan jenazah terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

    Bengkel tersebut disampaikan oleh dua orang penggapai dari Daerah Belait iaitu Dayang Noor Bhanu binti Mohd Abdul Aziz dan Dayang Norkasidah binti Haji Abdullah, selaku pemudah cara bengkel.

    Bengkel seumpamanya akan dilaratkan lagi ke daerah lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Antara Muslimah masjid yang mengikuti bengkel tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...