Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tingkat kreativiti pelajar masakan, cef muda tempatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan IBTE

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Seramai 17 orang pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan cef muda menyertai Bengkel Gastronomi Brunei yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama IBTE dan Cloudstreet Restaurant, Singapura bersempena Minggu Gastronomi Brunei 2022.

    Bengkel berkenaan diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom dan difasilitasi oleh IBTE.

    Ia merupakan satu inisiatif baharu untuk memberikan peluang kepada pelajar masakan dan cef muda yang baru belajar dan meningkatkan lagi kemahiran masakan mereka dengan belajar daripada cef terkenal antarabangsa.

    Cef Mark Tai, yang merupakan penerima Anugerah Cef Muda Michelin-Guide 2021 dari Cloudstreet Restaurant, Singapura, telah diundang selaku tenaga pengajar istimewa bagi bengkel tersebut.

    Para peserta berpeluang menyaksikan dan memasak bersama Cef Mark yang menjadikan menu masakan biasa ke tahap yang lebih tinggi.

    Selain itu, di sepanjang bengkel maya, Cef Mark turut berkongsi dengan peserta tentang teknik asas memasak dan kemahiran masakan.

    Bengkel diharap akan membantu meningkatkan kreativiti pelajar dan seterusnya mampu melihat ramuan menjadi lebih daripada satu dimensi sahaja. Ia juga diharap dapat mencetuskan idea-idea baharu, dan membantu melonjakkan kulinari Brunei lebih jauh menuju ke standard antarabangsa.

    Cef Mark Tai telah diundang untuk berkongsi teknik memasak semasa bengkel secara maya itu.
    Antara peserta yang tidak melepaskan peluang menimba ilmu semasa bengkel secara maya berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...