Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Tingkat pengeluaran sektor primer, hiliran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) giat melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan sumbangan sektor pertanian, perikanan dan agrimakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekurang-kurangnya $1 bilion menjelang 2035.

    Ke arah usaha itu, salah satu perkara yang perlu ditekankan oleh kementerian adalah meningkatkan pengeluaran dari segi sektor primer dan hiliran.

    Pengeluaran daripada sektor primer secara persendirian adalah tidak mencukupi bagi mencapai matlamat berkenaan.

    Oleh itu, penekanan diberikan untuk meningkatkan nilai tambah di mana ia akan membantu meningkatkan lagi pengeluaran serta nilai tambah di Brunei.

    Penerangan mengenai usaha KSSUP telah dijelaskan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    “Kesemua strategi yang kami laksanakan bukan sahaja untuk membuka ladang, malah untuk meningkatkan produktiviti ladang masa ini dengan menggalakkan penggunaan teknologi,” kata beliau kepada pihak media selepas Perasmian Ekspo Mini Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan ke-12 (HPPPN ke-12) yang berlangsung di Dewan Muhibah, Lapangan Terbang Lama, Berakas, hari ini.

    Beliau mengakui bahawa sasaran berkenaan merupakan satu sasaran yang agresif di mana sasaran bagi peningkatan sumbangan sektor pertanian, perikanan dan agrimakanan berkenaan diharapkan dapat dicapai lebih awal daripada 2035.

    Untuk mencapai sasaran yang akan memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara, jelasnya, bukan sahaja bergantung pada usaha daripada KSSUP tetapi juga usaha semua peladang, petani, penternak dan nelayan dalam sama-sama memainkan peranan penting untuk menjayakan aspirasi kementerian dan juga negara demi menjamin sekuriti makanan negara serta mencapai sumbangan KDNK sebanyak $1 bilion menjelang 2035.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf menerangkan usaha berterusan pihak kementeriannya untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian, perikanan dan agrimakanan.
    Antara pengunjung yang singgah ke petak jualan semasa Ekspo Mini HPPPN-12 di Dewan Muhibah, Lapangan Terbang Lama, Berakas, kelmarin.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...