Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Tingkat penggunaan ekosistem digital

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) telah menyertai Minggu Ekonomi, Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun (MYCE) 2022 bagi menyokong Darussalam Enterprise (DARe) di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas bermula hari ini hingga 2 Julai nanti.

    Dengan tema ‘Ke Arah Ekonomi Dinamik dan Mampan’, petak AITI mempamerkan program dan inisiatif yang menyokong aspirasinya untuk mengubah Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang pintar menerusi ekosistem yang akan merangsang penggunaan digital dan operasi perniagaan dengan keupayaan digital.

    AITI mengalu-alukan orang ramai terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mengunjungi petak pameran bagi mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif seperti Skim Pembiayaan Bersama Produktiviti dan Kecekapan (PENJANA), yang menawarkan skim pembiayaan untuk PMKS menggunakan pendigitalan dalam perniagaan mereka.

    Selain itu, Klinik MSME Tech yang disediakan secara percuma ini akan memberi peluang kepada PMKS untuk mendapatkan nasihat dan penilaian mengenai keperluan pendigitalan PMKS daripada pakar perunding.

    Turut dipamerkan ialah maklumat mengenai perlindungan data peribadi (PDP) dan perkhidmatan AITI yang termasuk pendaftaran dan permit untuk mengimport peranti wayarles.

    Penyertaan AITI dalam MYCE 2022 ini adalah kali kedua yang mana sebelum ini menyertai dalam Minggu Teknologi Digital yang bermula 8 hingga 11 Jun lalu.

    MYCE dihoskan oleh Kementerian Sumber-sumber dan Pelancongan dengan sokongan daripada beberapa buah kementerian yang mengumpulkan pemimpin industri dan pakar-pakar yang menangani isu-isu penting untuk menyediakan penyelesaian yang boleh diambil tindakan dan menyatukan komuniti dalam pelbagai sektor industri.

    AITI turut mengadakan pameran sempena MYCE. – Gambar serahan AITI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...