Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tingkat semangat warga UBD baca Al-Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini, telah mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 1443H/2022 secara maya. 

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle. Turut hadir ialah Dekan Pelajar UBD, Awang Saidai bin Haji Awang Hitam yang juga selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1443H. 

    Ceramah khas bertajuk ‘Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya’ itu telah disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Selain diikuti oleh warga UBD, ceramah khas berkenaan juga dibukakan kepada orang ramai di mana sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada yang hadir untuk mengajukan soalan.

    Majlis juga dihadiri oleh para pegawai utama UBD, para pensyarah, kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UBD.

    Dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), dan dikelolakan bersama Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat (UKKM) dan  Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD), majlis bertujuan untuk sama-sama mengetahui tentang peri pentingnya mempelajari dan mengajarkan Al-Quran.

    Di samping itu, ia juga diadakan untuk menaikkan semangat warga Islam UBD agar rajin dan istiqamah dalam membaca Al-Quran khususnya sepanjang bulan Ramadan dan di bulan-bulan lain sepanjang tahun bagi mendapat kelebihan belajar dan mengajarkan Al-Quran.

    Dr Hazri turut hadir mendengarkan ceramah yang disampaikan oleh Haji Ahmad Abdussalam. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...