Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Tingkatkan amalan demi rahmat Allah

    Oleh Yusrin Junaidi

    Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan Program Ceramah Tarbiah Ramadan melalui apklikasi video sepanjang Ramadan.

    Penolong Pensyarah (i-Ready), Pusat Bahasa, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Rebutlah Rahmat Allah di Akhir Ramadan’, baru-baru ini. Beliau menjelaskan rahmat merupakan satu perkataan yang sering didengar, asal saja perkataan rahmat pasti akan dikaitkan dengan Allah SWT.

    “Rahmat Allah merupakan perkataan Bahasa Arab yang membawa erti kasih sayang, kebaikan, kemuliaan dari Allah. Siapakah yang dapat memberikan kasih sayang, kebaikan, kemuliaan yang lebih baik selain Allah, sedang semua itu hanya Allah yang memilikinya, maka hanya Dialah jua yang dapat memberikan,” ujar beliau yang turut mengajak semua umat Islam untuk sama-sama merebut rahmat Allah di akhir bulan Ramadan ini.

    Sehubungan itu beliau menekankan, janganlah sampai momen-momen kebaikan yang Allah berikan, sediakan dan susunkan dibiarkan begitu saja, kerana rugi apabila kemuliaan ini dibiarkan, di-tinggalkan dan tidak dipedulikan.

    “Maka perbanyakanlah istighfar, doa kepada Allah memohon ampun dan juga kebaikan daripada Allah,” tegas Awang Muhammad Yadiy.

    Awang Muhammad Yadiy semasa menyampaikan ceramah yang diadakan melalui aplikasi video anjuran KUPU SB sepanjang bulan Ramadan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...