Tingkatkan amalan dengan bersedekah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Sebagai usaha berterusan untuk memberikan sokongan kepada petugas-petugas barisan hadapan dalam menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini, ahli jawatankuasa takmir masjid, kumpulan belia masjid dan Muslimah Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri, Syarikat Beudang dan Anak-anak serta jemaah masjid telah menyumbangkan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan di beberapa lokasi sejak bulan lalu.

Antara tujuan sumbangan tersebut adalah sebagai satu usaha kebajikan bersama dalam membantu petugas di samping menggalakkan orang ramai supaya membantu semasa pandemik COVID-19 dengan bersedekah.

Walaupun masjid-masjid, surau dan balai ibadat ditutup sementara pada masa ini, jawatankuasa takmir dan Muslimah Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri masih bergiat aktif dalam memeduli orang yang memerlukan sekali gus menjaga kemaslahatan masyarakat dengan mewujudkan silaturahim dan ukhuwah sesama umat Islam dan perpaduan sejagat.

Semoga dengan adanya sumbangan seumpama ini akan dapat menguatkan lagi semangat petugas-petugas barisan hadapan yang sama-sama berjuang bagi menangani wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Antara sumbangan berupa makanan yang dihulurkan kepada petugas barisan hadapan di Daerah Tutong.