Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Tingkatkan bersama tanggungjawab sosial

    Alhamdulillah, sebagaimana yang telah diperjelaskan dalam Sidang Media COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada Isnin lalu, negara kita sekali lagi menambah beberapa pelonggaran langkah pengawalan COVID yang akan berkuat kuasa 15 September ini.

    Antara pelonggaran yang terkandung ialah mandat pemakaian pelitup muka, di mana pemakaiannya tidak lagi diwajibkan, namun masih diwajibkan bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda jangkitan yang mempunyai urusan untuk keluar rumah.

    Tidak dinafikan perkara ini menjadi satu isu yang dihebohkan di media sosial, di mana ada yang bersetuju untuk dimansuhkan mandat pemakaiannya dan ada pula yang kurang bersetuju kerana masih khuatir dengan penularan wabak serta sudah menjadi kebiasaan.

    Sebenarnya tidak kiralah sama ada kita hendak memakainya atau tidak, itu terpulang kepada pilihan individu itu sendiri.

    Apa yang penting tanggungjawab sosial kita menyahut seruan kerajaan untuk melakukan langkah-langkah pengawalan yang diarahkan seperti memakai pelitup muka ketika mengalami gejala jangkitan dan bukan itu saja, kita juga perlu teranah di rumah jika merasa kurang sihat dan jangan pergi ke tempat awam.

    Pihak kerajaan tidak akan sesuka hati untuk memansuhkan mandat pemakaian pelitup muka ini jika ia sudah menjadi keperluan untuk memansuhkannya dan berikutan keadaan jangkitan di negara sudah terkawal serta kadar imuniti yang tinggi.

    Lagi pula, pihak kerajaan juga tidak membebankan kita sebagai orang awam untuk memakainya mahupun tidak, apa yang penting adalah kemahuan kita sendiri dan tidak lupa untuk terus berdoa dan bertawakal ke hadrat Allah agar sentiasa terus dipelihara, dirahmati, selamat dan sejahtera.

    Sama-sama melindungi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -