SEOUL, 12 JAN – Kim Jong Un telah menyaksikan ujian peluru berpandu hipersonik yang berjaya, menurut media hari ini, dan menggesa Korea Utara untuk meneruskan dengan pembangunan ‘kekuatan strategik ketenteraan’ meskipun berdepan dengan sekatan antarabangsa mengenai program senjata nuklear.
Gambar-gambar dari media menunjukkan Kim menggunakan binokular untuk memerhatikan pelancaran ujian berpandu kedua oleh Korea Urara dalam tempoh kurang seminggu.
Selepas pelancaran, Kim berkata Korea Utara mesti ‘meningkatkan usaha untuk membangunkan kekuatan strategik ketenteraan dalam kualiti dan kuantiti serta memodenkan ketenteraan,” menurut KCNA.
Ujian dilancarkan kelmarin dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan pertemuan di New York bagi membincangkan program senjata Pyongyang, mencetuskan kecaman, dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai ‘ancaman kepada komuniti antarabangsa’. – AFP