Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Tingkatkan kesedaran memulihara alam sekitar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Sejumlah 46 beg plastik sampah dengan berat 198.9 kilogram telah dikumpulkan dalam Kempen Kebersihan Sungai di sekitar Kampung Sungai Kebun yang dianjurkan oleh Green Brunei dengan kerjasama Mitsubishi Corporation (Brunei Liaison Office), baru-baru ini.

    Kempen yang merupakan salah satu projek Pendidikan Alam Sekitar itu telah dijayakan oleh 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), wakil-wakil dari Mitsubishi Corporation, Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS) dan ahli-ahli Green Brunei.

    Semasa kempen yang turut disokong oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) berkenaan, para sukarelawan ditugaskan untuk membersihkan kawasan tebing sungai di mana sampah-sampah yang dijumpai antaranya terdiri daripada botol plastik, pelitup muka, dan pembungkus makanan.

    Perlaksanaan kempen itu adalah untuk mengurangkan pencemaran sungai dan meningkatkan kesedaran tentang sungai yang bersih untuk masa depan yang lestari.

    Sukarelawan bergambar ramai semasa kempen kebersihan di sekitar Kampung Sungai Kebun baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...