Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Tingkatkan mutu pembacaan Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Dalam usaha untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dalam kalangan warga emas di negara ini, Pertubuhan WARGAMAS (PW) melalui Rancangan Khatam Al-Quran (RKAQ) telah mengadakan pemantauan sesi mentasmik Al-Quran sebagai persiapan bagi Majlis Khatam Al-Quran (MKAQ) 76 Kali Khatam, hari ini.

    Pada sesi yang berlangsung di Ibu Pejabat PW, Jalan Utama Berakas itu, antara pentasmik bagi peserta lelaki ialah Dato Seri Setia Haji Metussin bin Haji Baki dan turut menyertai sesi itu ialah Yang Di-Pertua PW, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don.

    Jawatankuasa Induk RKAQ telah membahagikan 60 halaqah dalam kalangan 1,010 peserta dan melantik seorang pentasmik untuk setiap halaqah bagi memudahkan pemantauan, mendengar dan membetulkan bacaan peserta mengikut hukum tajwid.

    Sementara itu, sebagai persiapan awal bagi majlis khatam, sesi mentasmik telah bermula pada 1 Mei yang lalu dan para peserta terdiri diri daripada 168 peserta lelaki dan 842 peserta perempuan di seluruh negara.

    Majlis berkenaan diteruskan dengan latihan Dikir Syarafil Anam oleh ahli-ahli PW sebagai persiapan bagi menyambut bulan Rabiulawal dan Maulidur Rasul.

    Majlis khatam antara lain bertujuan untuk menyemarakkan dan mengembangkan lagi syiar Islam melalui pembacaan Al-Quran seterusnya menyaksikan keakraban warga emas dengan Al-Quran dan kemesraan hubungan antara raja dan rakyat.

    Selain itu, ia juga sebagai tanda syukur dan rasa kasih warga emas di negara ini kepada raja pemimpin Ulil Amri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan merupakan sebagai pesambah istimewa.

    Antara peserta khatam yang terdiri daripada warga emas semasa sesi mentasmik bacaan Al-Quran mereka.
    Pentasmik bersama peserta lelaki yang menyertai sesi mentasmik di Ibu Pejabat PW, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...