Tingkatkan pelaburan asing

Di mana-mana negara, isu pengangguran merupakan salah satu isu yang menjadi kebimbangan kerajaan.

Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali menghadapi isu ini apabila saban tahun jumlah yang menamatkan pengajian semakin meningkat dan pekerjaan pula semakin sukar, malahan ada syarikat yang terpaksa melepaskan pekerja kerana desakan ekonomi.

Dalam perkara ini, Brunei perlu menjemput pelabur-pelabur besar dari luar negara untuk membuka sebuah kilang atau perusahaan besar yang memerlukan ia melantik atau melatih anak tempatan untuk bekerja dalam perusahaan mereka. Mungkin syarat perlu diperketat dengan memastikan anak tempatan benar-benar diberi peluang untuk mengoperasi perusahaan tersebut.

Jika ada dua atau tiga perusahaan besar yang mampu mengupah lebih daripada 1,000 orang anak tempatan, pastinya statistik pengangguran akan berkurangan. Anak tempatan pula perlu mengikis sikap memilih pekerjaan bagi memastikan ia berjaya. – Brunei Boleh!