Tingkatkan pengetahuan memancing air tawar

Aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang dapat dijadikan sebagai hobi atau penjana pendapatan. Dengan aktiviti memancing ini, kemahiran amat diperlukan untuk kita menguasai teknik-teknik tertentu.

Namun ia bergantung lokasi memancing anda dan teknik anda menarik perhatian ikan untuk makan umpan yang anda gunakan.

Memancing di air masin dan air tawar memiliki perbezaannya yang tersendiri. Seperti mana memancing di air tawar terdapat beberapa tips yang dapat diikuti untuk mendapatkan sesi pancingan yang lebih efektif.

Memancing di kawasan tasik dan sungai, anda perlu ke kawasan di mana air cetek menjadi dalam. Hal ini kerana ikan suka berkumpul dan mencari makanan di kawasan berkenaan. Jika anda berjumpa dengan lokasi berkenaan, labuhkan umpan anda dan jika bernasib baik umpan anda akan mudah diganggu oleh ikan yang kelaparan.

Penggunaan gewang juga memainkan peranan yang penting jika memancing di tasik dan sungai.

Memang tidak dinafikan gewang yang berkilat boleh menarik minat ikan tertentu, tetapi pantulan matahari boleh membuatkan ikan tidak nampak dan boleh menyebabkan kekeliruan. Justeru penggunaan umpan pancing yang berlandaskan warna flat adalah lebih sesuai untuk mengelakkan terlalu banyak pantulan.

Selain melabuh umpan di kawasan air cetek menjadi dalam, melakukan casting berdekatan dengan tebing juga lebih mendapat gigitan ikan kerana mereka suka mencari mangsa berdekatan dengan tebing.

Selain itu, anda perlu mengetahui lokasi kekerapan keberadaan anak-anak ikan iaitu di kawasan yang berlumut atau berbatu. Di kawasan ini, banyak pemangsa memburu makanan dan dalam masa yang sama lokasi yang tepat untuk melakukan casting anda.

Lokasi di air masuk dan air keluar adalah salah satu kawasan yang juga harus diberi tumpuan kerana di situlah juga biasanya anak-anak ikan akan bermain dan hanyut.

Jangan terlalu bersikap ego dengan pemakaian jenis umpan.

Memancing di kawasan tasik dan sungai (air tawar) terdapat beberapa tips yang dapat diikuti untuk mendapatkan sesi pancingan yang lebih efektif.