Bencana alam sesuatu perkara yang tidak diduga bila akan berlaku dan kita hanya mampu untuk bersiap siaga untuk mengelak dan menghadapinya.
Dengan kesiap siagaan yang kita lakukan sedikit sebanyak dapat mengurangkan impak dari bencana alam yang terjadi seperti masalah banjir, pokok tumbang, tanah susur dan sebagainya.
Namun tindakan siap siaga kurang dipraktikkan tidak kira dari pihak relevan atau orang awam sendiri. Sebagai contoh kurangnya penyelenggaraan longkang-longkang jalan yang dibiarkan ditumbuhi semak samun sehinggakan menyekat saluran aliran air yang menyebabkan paras air meningkat ketika hujan yang akhirnya membawa kepada masalah banjir.
Dari pemerhatian saya sendiri, di kawasan perkampungan saya yang sering berlaku banjir adalah disebabkan longkang-longkangnya dibiarkan ditumbuhi semak samun dan sesudah berlakunya banjir barulah sibuk untuk membersihkannya. Kenapa penyelenggaraan ini tidak dilakukan sebelum berlakunya banjir? Adakah menunggu aduan daripada orang ramai baru bertindak. Seharusnya perkara ini perlu ada kesiapsiagaan dalam menghadapinya dan bukanlah menunggu sudah berlaku masalah baru bertindak.
Penduduk