Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tinjau dan pulihara jalan jalan seluruh negara

    Baru-baru ini, Jejambat Lugu telah dirasmikan pembukaannya yang memudahkan perjalanan penduduk di kawasan Perumahan Negara Kampung Lugu yang kini tidak lagi perlu melakukan perjalanan jauh untuk ke Bandar Seri Begawan.

    Alhamdulillah pihak relevan telah menunjukkan pemedulian kepada penduduk di sekitar sana, namun persoalan saya di sini bagaimana pula nasib penduduk di kawasan lain khususnya kawasan pedalaman yang sudah lama berdepan dengan masalah jalan-jalan berlubang, rosak dan ada juga yang mengalami banjir ketika musim hujan.

    Aduan jalan-jalan rosak sudah dibuat berulang-ulang kali namun aduan berkenaan hanya diibaratkan ‘angin’ tiada sebarang tinjauan mahupun pemulihan daripada pihak relevan. Kalau dikumpulkan aduan-aduan kerosakan jalan-jalan kampung khususnya di pedalaman mungkin lebih daripada ratusan aduan yang telah dibuat. Jika tiada bajet sebagai alasan untuk pemulihan, kenapa kawasan lain boleh dilakukan?

    Diharap tidak diabaikan aduan kami. Fikirkanlah juga permasalahan kami yang tinggal di kawasan pedalaman ini, kami ada hak untuk memohon pemulihan jalan-jalan harian kami demi kebaikan kami bersama. Apa yang lebih menyedihkan, penduduk kampung sendiri atau kampung bersebelahan terpaksa membaiki sendiri atas inisiatif sendiri.

    Justeru kepada pihak relevan, pertimbangkanlah permohonan kami dan janganlah diambil ringan permasalahan kami serta lakukan tinjauan sesegera yang mungkin.

    Kami berhak

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...