Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Tinjau hal ehwal sekolah

    Oleh Izah Azahari
    Gambar serahan PTEM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, kelmarin, telah mengadakan lawatan ke Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) untuk meninjau prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berkenaan.

    Lawatan itu menyusuli pengumuman yang dibuat dalam sidang media pada 5 Februari lalu yang menyaksikan para pelajar Tahun 11 hingga 13 membuat saringan ujian pantas antigen (ART) di rumah bermula kelmarin, yang akan mempercepatkan proses ujian dan memberi lebih banyak masa kelas kepada pelajar dan guru.

    Hadir mengalu-alukan Yang Berhormat Menteri Pendidikan ialah Pengetua PTEM, Moss Mat Juni. Yang Berhormat Dato turut meninjau kemudahan-kemudahan di sekolah itu termasuk bagaimana mereka menguruskan peralihan ke fasa seterusnya.

    Semasa lawatan itu, Yang Berhormat Dato juga mendengarkan penerangan ringkas mengenai isu-isu kesihatan mental mengenai kembali selepas pembelajaran di rumah (HBL) serta program-program yang dijalankan oleh kaunselor sekolah berkenaan.

    Lawatan juga menyaksikan Yang Berhormat Dato memberikan kata-kata motivasi kepada para pelajar, menasihatkan mereka untuk mendapatkan bantuan kerjasama bagi merancang perjalanan masa depan mereka.

    Menerusi sesi terbuka bersama guru-guru sekolah itu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga menggalakkan kakitangan sekolah untuk saling bekerjasama sesama mereka dan dengan luar sekolah untuk merangkumkan kedayatahanan, empati dan pembangunan karakter dalam suasana kelas.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan bersama para pegawai dan tenaga pengajar PTEM semasa sesi bergambar ramai.
    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman semasa mengadakan lawatan ke Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) untuk meninjau prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berkenaan selain meninjau kemudahan-kemudahan di sekolah itu termasuk bagaimana pihak sekolah menguruskan peralihan ke fasa seterusnya. – Gambar serahan PTEM
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan berinteraksi bersama para pelajar PTEM semasa lawatannya ke sekolah tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...