Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Tinjau jalan-jalan kawasan pedalaman

    Aduan jalan-jalan rosak sudah dibuat berulang-ulang kali namun aduan berkenaan hanya diibaratkan ‘angin’ tiada sebarang tinjauan mahupun penyelenggaraan daripada pihak relevan.

    Jika dikumpulkan aduan kerosakan jalan-jalan ini mungkin lebih daripada ratusan aduan yang telah dibuat lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman.

    Jika pihak relevan memberikan alasan ketiadaan bajet untuk penyelenggaraan dan pembaikan, kenapa di kawasan lain boleh dilakukan?

    Kami yang tinggal di kawasan pedalaman sudah lama berdepan dengan masalah jalan-jalan berlubang, rosak dan ada juga yang mengalami banjir ketika musim hujan. Kami juga ada hak untuk memohon penyelenggaraan jalan-jalan harian kami demi kebaikan kami bersama.

    Justeru kepada pihak relevan, dengarlah aduan dan permohonan kami, jangan diambil ringan masalah ini serta lakukan tinjauan sesegera yang mungkin.

    Penduduk pedalaman

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...