Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tinjau kemajuan projek, penambahbaikan LTAB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof hari ini meninjau kemajuan projek dan penambahbaikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), Berakas.

    Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), lawatan turut disertai oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin, setiausaha-setiausaha tetap dan para pegawai kedua-dua kementerian itu.

    Kedua-dua Yang Berhormat Dato juga diberi taklimat kemajuan projek-projek utama di bawah Rancangan Kemajuan Negara termasuk Projek Runway Pavement Rehabilitation yang membolehkan LTAB untuk menerima pesawat-pesawat badan lebar digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan kargo di seluruh dunia, Projek Detention Pond bagi meningkatkan proses pengaliran air hujan dengan sempurna dan menggelakkan kebanjiran di landasan dan LTAB serta Projek Advanced Lightning Protection System bagi menjamin sistem perlindungan keselamatan reputasi tinggi.

    Taklimat juga menyentuh kerja-kerja pembaikan ke atas sistem penyaman udara di LTAB yang dijangka siap hujung Februari 2022 hingga Mac 2023.

    Lawatan juga diteruskan dengan penyampaian sijil kepada empat orang pegawai yang telah lulus Kursus ICAO 053 Approach Control Non-Radar dari Singapore Aviation Academy. Inisiatif itu adalah antara langkah memastikan perancangan penggantian bagi tenaga pakar kawalan lalu lintas udara di LTAB.

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi semasa diberikan penerangan mengenai projek-projek kemajuan dan penambahbaikan di LTAB. – Gambar serahan MTIC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...