Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinjau persiapan Sambutan Awal Tahun 1439H

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Umat  Islam akan menyambut ketibaan Awal Tahun Baru 1439 Hijrah Khamis ini dan seperti lazimnya, Negara Brunei Darussalam akan menyambut ketibaan awal tahun baru Hijrah secara besar-besaran bagi mengembangkan dan menyebarkan lagi syiar Islam di negara ini di samping dapat menyemarakkan lagi sambutan memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dari kota suci Mekah Al-Mukarramah ke kota suci Madinah Al-Munawwarah.

    Tahun ini, Sambutan Awal Tahun 1439 Hijrah akan berlangsung dengan acara membaca Doa Akhir Tahun 1438H sebelum masuk waktu Maghrib dan diikuti dengan membaca Doa Awal Tahun 1439H selepas masuk waktu Maghrib di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara dengan tumpuan sambutan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

    Sehubungan itu, bagi memudahkan lagi perjalanan acara tersebut agar berjalan dengan lancar, satu latihan penuh acara berkenaan telah diadakan di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong, pagi tadi.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda