Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Tinjau raptai penuh Daerah Brunei dan Muara

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Daerah Brunei dan Muara akan meraikan sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun pada 23 Julai ini di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan, meninjau raptai persembahan khas dan lokasi bagi memastikan kelancaran Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara itu nanti.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, timbalan-timbalan setiausaha tetap KHEDN, Haji Idris bin Haji Mohd Ali, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Hari Keputeraan.

Pada tahun ini persembahan khas bertemakan ‘Raja Peneraju Rakyat Bersatu’ akan dipersembahkan oleh penuntut-penuntut dari sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, sekolah-sekolah rendah hingga ke peringkat menengah serta penyertaan dari agensi kerajaan dan swasta.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyaksikan raptai penuh persediaan persembahan khas sempena majlis ramah mesra bersama rakyat yang akan diadakan pada 23 Julai ini.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyaksikan raptai penuh persediaan persembahan khas sempena majlis ramah mesra bersama rakyat yang akan diadakan pada 23 Julai ini.
Antara yang mengambil bahagian dalam raptai tersebut.
Antara yang mengambil bahagian dalam raptai tersebut.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -