Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Tinjauan: Lebih 200,000 rakyat Thailand menderita stres akibat COVID-19

    BANGKOK, 11 JAN – Lebih 200,000 orang di Thailand menderita daripada stres akibat pandemik COVID-19 yang kini memasuki hampir dua tahun, dedah tinjauan oleh Jabatan Kesihatan Mental.

    Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Mental Dr Amporn Benjaponpitak berkata penilaian dan tinjauan kesihatan mental dalam talian yang melibatkan lebih 2.5 juta orang itu menunjukkan 216,098 orang atau 8.38 peratus daripada responden mengalami tekanan.

    Beliau berkata 254,243 atau 9.86 peratus daripada responden terdedah kepada kemurungan manakala 140,939, atau 5.46 peratus berisiko membunuh diri.

    “Kaji selidik itu menunjukkan 25,552 atau 4.16 orang mengalami keletihan yang memerlukan mereka mendapatkan penjagaan kesihatan mental,” katanya pada sidang media.

    Dr Amporn berkata pesakit dengan simptom susulan COVID-19 (long COVID) yang mengalami masalah kesihatan fizikal atau mental tiga bulan selepas jangkitan memerlukan penja-gaan kesihatan mental.

    Oleh itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Mental dan Jawatankuasa Kesihatan Mental Kebangsaan mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan kesedaran mengenai kesihatan mental dalam keluarga dan komuniti bagi mengurangkan risiko bunuh diri. – Bernama

    Orang ramai menunggu di lokasi ujian pantas antigen COVID-19 percuma di kawasan letak kereta di Bangkok, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...